Politik

Yang Dipertua Negeri Sabah minta tempoh tentukan Ketua Menteri – Bung Moktar

PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, Yang Dipertua Negeri (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meminta tempoh bagi menentukan siapakah Ketua Menteri Sabah yang baharu.

“Secepat yang mungkin,” katanya kepada pemberita hari ini ketika ditanya bilakah nama Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diumum.

Terdahulu, Bung Moktar bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Hajiji Noor, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah, Datuk Jahid Jahim mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan Tun Juhar di Istana Negeri.

Jahid ketika ditanya mengenai pertemuan dengan Tun Juhar hanya menjawab “satu perbincangan yang baik” manakala Hajiji dan Jeffrey pula enggan mengulas.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 semalam.

GRS mendapat 38 kerusi, kelebihan satu kerusi daripada majoriti mudah 37 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai 73 kerusi sekarang. – SUMBER BERNAMA – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button