Politik

Yang Dipertua DUN Melaka akan bincang kerusi Rembia minggu depan

YANG Dipertua Dewan Undangan Negeri Melaka,Ibrahim Durum akan mengadakan perbincangan minggu depan dengan penasihat undang-undang negeri sama ada kerusi Rembia perlu dikosongkan selepas wakil rakyatnya menyertai Pas tahun lepas.

Ibrahim berkata, beliau akan berunding dengan penasihat undang-undang itu selepas Jailani Khamis gagal mengemukakan jawapan rasmi berhubung keputusannya menyertai PAS walaupun diberi masa dua minggu untuk berbuat demikian, lapor BERNAMA.

“Tarikh akhir menghantar maklum balas rasmi adalah petang ini. Saya akan mengadakan pertemuan (dengan penasihat undang-undang negeri) minggu depan sekembalinya saya dari lawatan kerja ke Australia pada 8 Ogos,” beliau dipetik sebagai berkata.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button