Acara

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu melawat Kampung Seberang Ramai

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Projek Transformasi DiRaja Kampung Nelayan Warna Warni Seberang Ramai Kuala Perlis.

Turut berangkat ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Keberangkatan baginda berdua disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Tengku Muhammad Ismail turut berkenan menyaksikan keindahan kawasan berkenaan dengan melawati beberapa lokasi utama yang menjadi tumpuan di sekitar kampung tersebut termasuklah Laman Bunga Kertas, Laman Laksa, Jambatan Tuanku Syed Putra, Anjung Persinggahan Raja, Laman Bunga Raya dan Rumah Sihat.

Baginda turut dipersembah maklumkan taklimat mengenai pelaksanaan program transformasi Kampung warna warni yang telah dilaksanakan bermula tahun 2020 oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Agensi-Agensi Negeri dan juga Persekutuan serta pihak Swasta serta orang ramai.

Pada kesempatan tersebut Tengku Muhammad Ismail turut berkenan berangkat ke ‘Rumah Terengganu’ dan menandatangani plak lawatan.

Di akhir sesi, Baginda dipersembahkan tengkolok “Putra Julang Darjat” daripada pihak MAIPs yang merupakan tengkolok rasmi kebanggaan negeri Perlis yang menjadi adat memuliakan tetamu kenamaan sebelum berangkat pulang.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button