Nasional
Yang di-Pertuan Agong terima mengadap Menteri Komunikasi dan Menteri Kesihatan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad.
Sebelum menerima mengadap Fahmi, Seri Paduka Baginda berkenaan meluangkan masa menandatangani hampir 400 kad Aidilfitri pada awal pagi.
Menteri Komunikasi turut berpeluang melihat sendiri Seri Paduka Baginda menandatangani kad ucapan Aidilfitri.
Hadir sama, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din,
Fahmi mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai perkembangan media sosial di negara ini.
Sementara itu, Dr Dzulkefly mempersembahkan kepada Seri Paduka Baginda mengenai perkembangan terkini perkhidmatan kesihatan negara serta perancangan baharu kementerian dalam menambahbaik fasiliti kesihatan kepada rakyat.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara. – SM