Politik

Yang di-Pertuan Agong hargai petugas media

MENJUNJUNG kasih, Tuanku.

Kepimpinan melalui tauladan. Buat julung kalinya, petugas media merasa amat dihargai dan tidak terucap dengan kata-kata apabila tanpa diduga, Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bercemar duli, membeli makanan ringan, Kentucky Fried Chicken (KFC) untuk menjamu wakil media massa yang bertugas bagi membuat liputan di perkarangan Istana Negara siang tadi.

Daulat Tuanku. Memang rakan-rakan media tidak menyangka sama sekali, diberi layanan kelas pertama oleh Yang di-pertuan Agong.

Di hadapan pintu pagar istana, beg-beg plastik berisi kotak-kotak KFC diagih-agihkan kepada para petugas media yang menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran.

Menerusi perkongsian di Facebook milik Irene Halimi, catatan berbunyi, “Raja berjiwa rakyat. Daulat Tuanku…” dikongsi dalam kalangan rakan-rakan facebooknya.

Sambung catatan Doktor Imej itu lagi, “Wow, Agong sent food and refreshments kepada wartawan yang berada di hadapan Istana…

“Daulat tuanku.”

Langkah baginda dituruti oleh pemimpin MCA, Presiden parti, Datuk Wee Ka Siong.

Wakil media massa yang bertugas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pula dijamu dengan McDonald oleh Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong.

Media bukanlah lembu tunggangan mana-mana parti politik atau ahli politik sebaliknya setiap petugas media, mempunyai tugas dan tanggungjawab yang perlu digalas dan dilaksanakan.

Media dan organisasi media, sama ada cetak cetak, elektronik mahupun portal berita dalam talian tetap relaven dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button