Nasional

Yang di-Pertuan Agong guna Perlembagaan secara sihat dan segar

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggunakan Perlembagaan Persekutuan dengan cara sihat dan segar dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Perdana Menteri serta pembentukkan kerajaan baharu.

Peguam Haniff Khatri Abdullah berkata, baginda mengguna pakai kesemua peruntukan Perlembagaan yang wujud dan sah dalam menyelesaikan isu keperlembagaan.

Haniff berkata, Yang  di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu mengamalkan semangat Perlembagaan Persekutuan di tahap pematuhan yang tertinggi dan menyeluruh.

Beliau merujuk Perkara 38(2) Perlembagaan Persekutuan di mana anggota-anggota Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan fungsi yang berikut, iaitu memberikan nasihat mengenai apa-apa pelantikan.

Justeru, ke bawah duli Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi yang dipertanggungjawabkan dalam isu pelantikan Perdana Menteri menurut Perkara 43(2)(A) Perlembagaan Persekutuan, sememangnya mempunyai kuasa yang sah dan luas untuk memanggil satu persidangan khas Raja-Raja Melayu bagi tujuan Baginda Tuanku memperolehi “nasihat mengenai apa-apa pelantikan, termasuk pelantikan Perdana Menteri”.

Sepertimana yang termaktub sebagai tanggungjawab Raja-raja Melayu di bawah Perkara 38(6)(b) Perlembagaan Persekutuan itu.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button