BeritaKesihatanNasionalPenyakitSains

Wujud Kesan Lain Hasil Pengambilan Vaksin Covid-19, Kerajaan Perlu Jelaskan Risikonya

Sedang rakyat sibuk dengan vaksin COVID-19 yang giat diagihkan, ramai pihak berasa kerisauan COVID-19 semakin berkurangan seolah ianya memberi harapan baru.

Sebelum melangkah ke tahun 2021 pun, vaksin tersebut sudah menunjukkan keberkesanan yang meyakinkan buat ramai orang dalam memberi kesembuhan buat individu yang positif COVID-19.

Namun begitu, tidak ramai individu yang sedar akan kesan lain yang juga mungkin muncul akibat daripada penggunaan vaksin COVID-19 tersebut.

Terdapat beberapa individu yang dilaporkan dijangkiti penyakit lain setelah mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Media-media di Malaysia kurang memberi informasi kepada rakyat tentang banyak perkara berkaitan wabak ini yang merisaukan ramai orang.

Oleh yang demikian, masyarakat lebih gemar melayari laman sesawang luar negara untuk mengetahui lebih banyak informasi dan perkembangan tentang COVID-19.

Bukankah tanggungjawab untuk menyebarkan maklumat adalah tanggungjawab bersama?

Tetapi sekiranya kerajaan tidak peka dan kurang mengambil berat tentang perkongsian informasi berkaitan wabak ini di media tempatan, bagaimana rakyat boleh memperoleh informasi terkini?

Sudah semestinya media-media luar dan hal ini sudah berlanjutan sejak COVID-19 mula menjangkiti masyarakat Malaysia.

Bagi menyelesaikan hal ini, kerajaan perlulah mengambil pendekatan dan inisiatif yang lebih baik daripada yang sebelumnya supaya rakyat Malaysia tidak ketinggalan tentang informasi atau sebarang perkara berkaitan COVID-19 ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button