WTCKL meterai MoU dengan WTC Xiamen
ACCRA (Ghana): Datuk Seri Dr Irmohizam bin Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), mengumumkan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara CCPIT Xiamen Committee/World Trade Center Xiamen (WTC Xiamen) dan WTCKL hari ini.
Menerusi pemeteraian MoU ini, kedua-dua pihak telah berjanji untuk mengutamakan hubungan baik, faedah bersama dan kesaksamaan bagi menggalakkan perdagangan dan pertukaran ekonomi serta kerjasama pelaburan dan pertukaran teknologi antara kedua-dua organisasi.
MoU tersebut ditandatangani oleh Datuk Seri Dr Irmohizam bin Ibrahim, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, dan Ms You Yu Hong, Setiausaha Agung CCPIT Xiamen / WTC Xiamen.
WTC Xiamen dan WTCKLWTCKL akan berusaha untuk memudahkan dan membantu antara satu sama lain dengan memanfaatkan kekuatan dan kepakaran masing-masing. Oleh itu, kerjasama perkongsian ini akan memberi manfaat kepada pelaburan, perdagangan, ekonomi dan teknologi.
“Saya amat yakin perkongsian strategik ini akan memberi peluang kepada kedua-dua WTC untuk mengukuhkan keberadaan kami dalam industri acara perniagaan dan turut membantu dalam memudahkan pertumbuhan ekonomi yang lebih luas di kedua-dua negara. Melalui inisiatif ini, WTC Xiamen dan WTCKL boleh mengembangkan rangkaian dan perkongsian maklumat dengan lebih mudah dan menyeluruh. Tetapi yang lebih penting, MOU ini akan membolehkan kami memudahkan proses keamanan melalui perdagangan untuk menyatukan komuniti perniagaan” kata Datuk Seri Dr Irmohizam bin Ibrahim.
Datuk Seri Dr Hj. Irmohizam Ibrahim turut bertemu Naib Presiden Republik Ghana, H.E. Mahamudu Bawumia dan Menteri Perindustrian dan Perdagangan, Republik Nambia, Hon. Lucia Iipumbu semasa menghadiri Perhimpunan Agung Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) di Accra, Ghana hari ini.
Datuk Seri Dr Hj. Irmohizam Ibrahim yang merupakan Pengerusi Persidangan & Pameran (C&E) Ahli Majlis Penasihat (MAC) Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) ialah rakyat Malaysia pertama yang menghadiri Perhimpunan Agung WTCA ke-53 di Accra, Ghana mewakili Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Perhimpunan Agung WTCA ke-53 ini berlangsung dari 23 hingga 28 April 2023.
Beliau berada di sana untuk bertemu pelabur yang berpotensi untuk kerjasama masa depan dan untuk mempromosikan perdagangan, pertukaran maklumat, pendidikan & penyelidikan, misi perdagangan masuk dan keluar, perkhidmatan Acara Perniagaan (BE) dan perniagaan antarabangsa, dengan mewujudkan peluang untuk menarik perniagaan dari seluruh dunia.