Politik

Wira Putra bidas Pemuda Amanah Perak

PERGERAKAN Wira, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membidas kenyataan Pemuda Amanah Perak yang mendakwa kewujudan parti baharu itu memecah undi.

Malah, Amanah juga dinasihatkan supaya ‘cermin diri sendiri’ sebelum membuat sebarang pendakwaan serta menyedari asal usul kewujudan mereka.

” Perlu dingatkan untuk AMANAH cermin diri sendiri terlebih dahulu, siapa yang pecah undi orang melayu. ibarat kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

“Lahirnya Putra bukan dari atas dasar kecewa atau patah hati dengan parti yang pernah disertai sebelum ini.

“Sebaliknya atas dasar perjuangan agama bangsa dan kesedaran orang melayu yang melihat kerakusan Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Related Articles
BACA > Jangan tunda peranan generasi muda — Suara Merdeka

“Sehingga menganggugugat kestabilan ekonomi, ancaman keselamatan, ketegangan antara kaum kian runcing serta kedudukan Islam semakin hari semakin terancam.”

Demikian kenyataan Ketua Pergerakan Wira Putra, Meor Mohd. Hilmi Meor Zainun yang turut meminta Amanah supaya sedar parti mereka lahir daripada kekecewaan.

Menurutnya, Amanah dikatakan wujud kerana para pemimpinnya tidak berpuas hati sewaktu bersama Pas kerana tidak mendapat tempat.

“Namun Amanah lahir dari tulang rusuk serta perpecahan dalam Pas akibat kecewa kerana tidak mendapat tempat atau laba sewaktu bersama Pas.

” Alasan paling kuat tertubuhnya Amanah adalah disebabkan kegagalan puak-puak PASMA gagal menjatuhkan pucuk pimpinan tertinggi Pas,” jelasnya.

Dalam pada itu, Meor Mohd. Hilmi juga mempersoalkan alasan Amanah mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap Putra.

BACA > Isu calon PM tidak releven, Izzah fokus kukuh jentera PKR — Suara Merdeka

Menrutnya, Putra bukanlah parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14, malah masih belum mempunyai kerusi dalam Parlimen.

“Apakah Pemuda Amanah Perak “goyang” dengan Putra yang baharu berusia setahun 13 bulan ini sekiranya kita bertanding dalam pilihan raya?

“Adakah parti Amanah sudah hilang sokongan rakyat sehingga takut kehilangan undi?

“Akibat tiada keberkesanan kepimpinan Amanah yang dilihat gagal melaksanakan tugas sewaktu menerajui negara.

“…menjadi menteri di sebahagian kementerian sewaktu menjadi kerajaan selama 22 bulan itu.

“Kewujudan Putra juga adalah disebabkan kegagalan Amanah yang dilihat gagal dalam mempertahan agenda Melayu Bumiputera.

“Memelihara kesucian islam serta gagal dalam mempertahankan imej negara yang berdaulat.

“Akibat tiadanya kredibiliti dan ketidakupayaan kepimpinan tertinggi PH khususnya Amanah dalam menjalan tugas sewaktu mejawat jawatan sebagai menteri dahulu,” tegasnya.

BACA > Kerusi marginal peringatkan UMNO-Pas jangan mimpi indah-indah — Suara Merdeka

Tambahnya, rakyat hari ini bijak menimbang dalam membuat keputusan khususnya orang Melayu yang rata-ratanya menyatakan serik duduk di bawah pemerintahan PH. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button