Sukan

Wilayah Persekutuan cuti Jumaat ini

 

SUSULAN kejayaan Kuala Lumpur (KL) City FC menjulang Piala Malaysia malam semalam, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan cuti pelepasan am bagi seluruh warga Wilayah Persekutuan pada Jumaat ini.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, cuti berkenaan sejajar Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 396].

“Pemberian itu bukan untuk publisiti sebaliknya menghargai usaha yang dilakukan pemain KL City FC.

” Saya faham perasaan mereka (pemain) yang berjuang berhabis-habisan untuk menjuarai Piala Malaysia,” ujarnya sambil menyatakan pernah merasai situasi seumpama itu ketika menjadi Menteri Besar Perlis yang mana Singa Utara mencatatkan dua kali kejayaan merangkul Piala Malaysia.

Ketika di tanya sama ada akan memberi imbuhan lain, Shahidan memaklumkan, ia akan diumumkan secara berperingkat.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan ke Putrajaya Command Centre (PCC) di Perbadanan Putrajaya dan ikonik terbaharu wilayah itu, Tangga Putrajaya. – WILAYAHKU

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button