Hiburan

We care untuk rakyat di kala Covid-19 – Universal Music & Allianz Msia

KOLABORASI di antara Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia menerusi projek Allianz We Care Community mencipta satu kelainan bagi arena muzik Malaysia.

Kerjasama di antara dua pihak ini menghasilkan sebuah single yang bukan sahaja bakal dilancarkan dalam bulan ini tetapi juga disertai dengan larian maya dan konsert yang disiarkan secara langsung pada April depan.

Menggunakan judul single dalam Bahasa Inggeris, We Care, menurut kenyataan Universal Music, kerjasama dan single yang dihasilkan itu pada hemat mereka, adalah satu inisiatif yang memberi perlindungan dan penjagaan kesihatan dalam keadaan pandemik Covid-19.

“We Care juga merupakan satu inisiatif yang memberikan perlindungan Covid-19 dan manfaat penjagaan kesihatan percuma kepada pelanggan Allianz Malaysia dan juga mereka yang bukan pelanggan.

“Lagu We Care dipersembahkan secara eksklusif oleh penyanyi dwibahasa tempatan iaitu Alvin Chong bersama-sama dengan kumpulan pop yang sedang meningkat naik Dolla, bintang pop Thai-German Jannine Weigel dan penyanyi lagu Mandopop Malaysia, Nicole Lai,” kata Pengarah Kanan Perniagaan Baru dan Selebriti 360 Universal Music Malaysia, Kim Lim dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau berkata, Nicole yang menandatangani kontrak bersama Universal Music pada Oktober tahun lepas turut menyumbangkan sentuhan kreatifnya dengan menulis lirik dalam bahasa Mandarin dalam projek pertama bersama Universal Music Malaysia ini.

We Care juga merupakan lagu pertama bagi kesemua anggota Dolla untuk menyerlahkan bakat rap mereka, kata kenyataan yang sama, katanya.

“We Care diinspirasikan oleh situasi pandemik Covid-19 tahun lepas yang telah mengubah kehidupan masyarakat seluruh dunia.

“Sokongan sesama masyarakat adalah sangat penting pada masa ini. Oleh itu, lagu ini diharapkan dapat memperkukuhkan semangat pendengar untuk terus cekal dan tabah,” ujar Kim Lim.

Katanya lagi, menterjemahkan mesej positif menerusi lagu, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia berharap lagu ini akan menginspirasi orang ramai untuk tidak berputus asa dalam menentang pandemik dan terus menyokong satu sama lain dalam tempoh sukar ini.

“Kolaborasi ini merupakan kerjasama strategi kreatif pertama yang mengetengahkan bakat artis-artis kami dalam menyalurkan kekuatan kepada orang ramai terutamanya dalam masa yang tidak menentu ini.

“Menerusi suara mereka dalam sebuah lagu khas yang dihasilkan oleh produser muzik bertaraf ‘multi-platinum’, Bryan B.

“Dengarkan single terbaru ini di platform penstriman digital (DSP) pilihan anda,” ujar Kim Lim.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Joseph Gross dipetik menerusi kenyataan yang sama berkata, sebagai penanggung insurans, mereka sentiasa meneliti peranan kami dalam kehidupan pelanggan.

“Matlamat Allianz We Care Community adalah untuk memupuk dan membina komuniti inklusif yang berdaya tahan dalam menangani situasi mencabar dan sentiasa ada bersama rakyat Malaysia ketika mereka memerlukan bantuan.

“Lagu We Care merupakan salah satu inisiatif baru yang diilhamkan daripada aspirasi untuk memupuk semangat positif dalam masa yang tidak menentu ini,” kata beliau.

Diterbitkan oleh Universal Music Malaysia, We Care telah pun dilancarkan di platform penstriman digital utama termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer pada 15 Januari, baru-baru ini. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button