JenayahNasional

Waspada jadi keldai akaun melalui iklan sewa akaun bank

POLIS menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada terhadap sindiket penipuan yang secara terbuka memuat naik iklan menyewa akaun bank milik individu untuk kegiatan jenayah mereka.

Golongan muda atau individu terdesak dikatakan sering terjerat dengan cara mudah mendapatkan wang tanpa menyedari mereka menjadi keldai akaun dan terlibat dengan aktiviti penipuan kewangan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Sup Aibee Ab Ghani, sindiket terbabit mencari mangsa bagi menyewa akaun bank mereka untuk digunakan sebagai transit.

“Kebiasaannya, golongan yang berusia dari 20 hingga 40-an yang terjebak dengan sindiket ini kerana tiada kerja tetap selepas dijanjikan wang dengan cara mudah,” katanya.

Walaupun hukuman terhadap keldai akaun mungkin ringan, tetapi katanya, ia akan memberi kesan dalam jangka panjang. – Harian Metro – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button