Rencah Hidup

Warganet tanya di manakah Ebit Lew? tiga bulan tidak update media sosial

Kehilangan pendakwa terkenal Ebit Lew menjadi tanda tanya warganet apabila tidak mengemas kini hantaran di media sosialnya sejak tiga bulan lalu.

Malah di Instagram dan Tiktok turut sepi tanpa apa-apa perkongsian terbaru darinya.

Kali terakhir update dari Ebit Lew

Jika dilihat kali terakhir Ebit berkongsi Instagramnya adalah pada 20 July lalu iaitu semasa melawat ke Indonesia sempena meraikan program keagamaan di sebuah tempat.

Susulan kehilangan pendakwa berusia 38 tahun itu mencetus tanda tanya di kalangan pengikutnya, ada juga segelintir individu meluahkan kebimbangan dan tertanya-tanya tentang keberadaan pendakwah yang sering membantu golongan diperlukan.

Terdahulu, Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual antaranya membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whataspp antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.

Bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah dan mengatakan tuduhan itu adalah fitnah yang cuba memburukkan namanya.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan sekiranya didapati bersalah, dia bakal berdepan hukuman maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Artikle Berkaitan :>

Kes Ebit Lew: WhatsApp juga dikesan mengandungi gambar, video lucah

Ini satu fitnah yang kejam dan melampau – Ebit Lew

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button