Nasional

Warganegara Bukan Melayu & Bumiputera Perlekeh Usaha Martabat Bahasa Melayu

Kerajaan akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Akta DBP yang ada ketika ini tidak memberi kuasa kepada agensi kerajaan itu untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan bahasa.

Dalam masa sama, pelajar asing yang menuntut pelajaran di negara ini perlu mempelajari bahasa Melayu dan perkara itu dipersetujui Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Namun demikian tidak sampai seminggu, warganegara yang memiliki kerakyatan Malaysia menerusi undang-undang daripada nenek moyang mereka mula tunjuk besar kepala.

Mereka bukan sahaja memperlekeh usaha kerajaan malah menidakkan kekuatan bahasa Melayu yang harus dimartabatkan sepenuhnya dalam negara ini.

Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan di Facebook Free Malaysia Today berhubung pengumuman Perdana Menteri untuk memperkasakan bahasa Melayu dalam negara ini.

Belajar bahasa Melayu sesuatu yang sia-sia kepada anak-anak mereka kerana bukannya boleh pakai kalau keluar negara. Masalahnya tengah duduk dalam Malaysia kan?

Banyak orang tempatan hanya boleh bercakap bahasa ibunda mereka sahaja. Ini Tanah Melayu atau Tanah Besar China atau Tanah Jajahan British?

Apa komen anda? Posting ini bukan bertujuan rasis atau menghasut namun sebagai bukti kepada pihak berkuasa dan kepada Dewan Bahasa & Pustaka sendiri bahawa belum apa-apa sudah ada pengkhianat dan penghasut.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button