Luar Negara

Warga Singapura Tak Perlu Pakai Lagi Penutup Muka Semasa Berada Di Luar Rumah!

Singapura sedang melonggarkan lebih banyak sekatan COVID-19, termasuk menarik semula kebanyakan sekatan bagi pelawat divaksin sepenuhnya yang tiba ke negara itu serta menggugurkan syarat memakai pelitup muka di luar rumah, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dalam ucapannya hari ini.

Singapura antara negara pertama yang beralih kepada strategi hidup bersama COVID-19, tetapi terpaksa memperlahankan beberapa rancangan pelonggarannya berikutan penularan wabak berikutnya.

Setakat ini, gelombang varian Omicron di negara Asia Tenggara sudah mulai reda.

Pada kemuncaknya, Singapura melaporkan rekod hampir 26,000 kes pada Februari lalu, bagaimanapun jumlah jangkitan harian menurun kepada kira-kira 9,000 semalam.

Kebanyakan kes mempunyai simptom ringan atau tiada, dengan kira-kira 92 peratus daripada 5.5 juta penduduknya sudah divaksin sepenuhnya. Sejumlah 71 peratus lagi menerima dos penggalak. – REUTERS

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button