NasionalpilihanUncategorized

Warga Kuala Lumpur termasuk gelandangan akan divaksin sepenuhnya sebelum akhir tahun ini

SEMUA warga Kuala Lumpur termasuk gelandangan akan menerima vaksin menjelang akhir tahun 2021.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, dia telah berhubung dengan Menteri Penyelaras Program Vaksin Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar untuk memberi keutamaan vaksin kepada warga Kuala Lumpur.

“Persetujuan telah diperoleh dan kita mensasarkan dalam tempoh lima bulan menjelang Oktober, kita haraps semua warga wilayah akan mendapatkan suntikan vaksin.

“Sebanyak RM7 juta akan diperuntukkan oleh kementerian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membiayai perogram pemvaksinan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Annuar, 67 Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan menerima suntikan vaksin percuma menerusi Trak Vaksin Bergerak dengan melibatkan 3 trak MYMedic@Wilayah yang memanfaatkan
kira-kira 20,000 warga emas dan kumpulan rentan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa

Jelasnya, Seramai 900 orang disasarkan menerima vaksin pada setiap hari dengan melibatkan tiga (3) lokasi tumpuan.

Mengulas mengenai golonga gelandangan, Annuar berkata mereka akan menerima vaksin selepas menjalani ujian saringan Covid-19 bermula 27 Mei depan.

“Fasa pertama melibatkan seramai 119 gelandangan yang menghuni di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, Anjung Kelana Taman Desa dan Anjung Singgah.

“Manakala, baki gelandangan seramai 132 orang yang juga telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada 24 Mei 2021 akan divaksin secara berperingkat di Dewan Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur,” katanya.

Tambahnya, kesemua gelandangan yang telah menerima vaksin boleh terus menyertai program pembangunan kendiri termasuk aktiviti pertanian bandar di Anjung Kelana, Kuala Lumpur. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button