Luar Negara

Warga emas tenung matahari satu jam tanpa berkelip

SEORANG warga emas di India baru-baru ini memecahkan rekod kebangsaan selepas dia berjaya merenung matahari selama satu jam tanpa berkelip.

Berdasarkan laporan Oddity Central, warga emas tersebut, MS Verma merupakan seorang pesara pegawai kerajaan berusia 70 tahun.

Sebelum memecahkan rekod, Verma telah berlatih selama 25 tahun selepas mendapat inspirasi daripada seorang guru di India.

Percubaannya untuk memecahkan rekod merenung matahari tanpa berkelip diawasi oleh wakil dari Book of Records India serta sekumpulan ahli politik dan doktor.

Selepas sejam merenung tepat ke arah matahari dengan mata kasar dan tanpa berkelip, penglihatan Verma dianggap normal.

Kesihatan matanya juga diperiksa secara keseluruhan dan doktor membuat kesimpulan bahawa penglihatan Verma tidak terjejas.

Verma berjaya memecahkan rekod sebelum ini yang dicipta beberapa tahun lalu oleh seorang lelaki India. Dia berjaya merenung matahari tanpa berkelip selama 10 minit.

Verma dilaporkan sudah bersedia untuk pencapaiannya diiktiraf oleh Guinness World Records.
Verma kelihatan baik-baik sahaja selepas percubaannya dengan tersenyum dan bergambar dengan tetamu kenamaan yang dijemput.

Namun begitu pakar memberi amaran kepada orang lain agar tidak cuba melakukan hal ini kerana merenung matahari dengan mata kasar, walaupun hanya seketika, boleh menyebabkan penyakit yang berpotensi merosakkan retina mata. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button