Nasional

Pasangan bapa, anak gegarkan pertandingan kereta Tamiya

PASANGAN bapa dan anak, Syakir Kamal, 40, dan Zaquan Syakir, 10, merupakan antara 55 peserta yang menyertai pertandingan kereta Tamiya hari ini.

Mereka menyertai acara tersebut sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Untuk rekod, hari ini masuk hari ketiga program tersebut diadakan dan kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyempurnakan majlis pelancarannya.

Pertandingan kereta Tamiya bukan sahaja disertai oleh orang dewasa malahan ia turut disertai oleh kanak-kanak.
Berbalik kepada pasangan Syakir dan anaknya Zaquan Syakir berkata, penglibatannya dengan kereta Tamiya hanya untuk menyokong anaknya tetapi lama-kelamaan beliau turut berminat dengan kereta Tamiya.

“Sejak enam tahun lalu anak saya mula berminat dengan kereta Tamiya kerana sering melihat pakciknya mengubahsuai kereta tersebut. Jadi saya pun menyokong hobi anak.


“Lama-kelamaan saya turut berminat dengan kereta Tamya ini,” katanya

Katanya lagi, bersama anaknya, mereka mula menyertai pertanding kereta Tamiya sejak tahun 2018 dan kos untuk membuat satu kereta Tamiya antara RM200 hingga RM300.

“Itu kos yang bukan tulen kalau digunakan sebagai alat ganti. Kalau alat ganti yang tulen, harganya lebih mahal lagi.

“Tetapi disebabkan minat, pejam aje sebelah mata apabila bercakap pasal kos,” kata Syakir.

Pertandingan kereta Tamiya bukan sahaja dinilai dari segi kelajuan tetapi juga kestabilan kereta berkenaan apabila berada di atas trek.

Katanya lagi, kereta tidak boleh melompat-lompat apabila dimainkan di atas trek.

Kereta Tamiya merupakan sebuah kereta mini 4WD yang dihasilkan oleh Tamiya iaitu sebuah syarikat Jepun. – SM

(Visited 304 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button