Warga emas antara 30 sertai pertandingan melukis bendera BN
BIASANYA pertandingan melukis ini dianjurkan bagi mengasah bakat anak-anak kecil.
Lainlah pula cara Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Kawasan Bintong Selatan, Perlis apabila menganjurkan pertandingan melukis yang hanya terbuka untuk orang dewasa.
“Sila datang beramai-ramai dan jangan lupa membawa pewarna pensil masing-masing,” kata Ketua BG Bintong Selatan, Rosmuna Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Cik Muna yang mencetuskan idea ini sebagai usaha unruk memeriahkan bilik gerakan.
Katanya, selain menyediakan aktiviti menarik seperti ini sekaligus dapat menerapkan semangat BN.
“Kita mahu bendera BN yang berlambangkan kati (dacing) itu melekat di hati sehingga diterjemahkan di kertas undi pada 19 November,” katanya.
Cik Muna berkata, selain itu apa salahnya jika mencungkil semula bakat terpendam pada
orang dewasa yang mempunyai kebolehan melukis.
Rata-rata yang menyertai pertandingan melukis ini yang ditemui Suara Merdeka mengakui tangan dah agak kaku sebab sekian lama tidak melukis.
Bagaimanapun lebih 30 orang yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada mereka yang berusia 20-an hingga 60-an dilihat begitu bersemangat menyiapkan lakaran masing-masing.
Salah seorang peserta, Shahrom Shariff, 57, dalam kesibukan memasak di BG tidak menghalangnya menyertai pertandingan melukis ini.
Beliau melukis potret dua calon itu Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong dan calon BN Parlimen Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jaya di samping bendera BN.
“Tak kisah lah tak cantikpun, selain untuk suka-suka, semangat untuk mengundi calon BN ini semakin berkobar-kobar,” katanya. – SM