Nasional
Warga asing kekal tidak dibenarkan kerja di pasar borong
TIADA warga asing akan dibenarkan bekerja di Pasar Borong Selayang.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata pendirian itu kekal walaupun ada pemborong yang mengemukakan surat rayuan bagi tujuan berkenaan.
“Saya terima surat rayuan Pemborong mahu ambil pekerja asing untuk berkerja sebagai pembantu di Pasar Borong Selayang. Jawapan saya tetap.
“Saya tidak benarkan warga asing berkerja di situ (Pasar Borong Selayang). Ambil warga tempatan berkerja, usah cuba buat rayuan lagi. Ini dasar,” katanya.
Baru-baru ini, Suara Merdeka melaporkan terdapat beberapa warga asing didapati bekerja di pasar borong berkenaan.
Malah, kehadiran warga asing juga didakwa bermula seawal pukul 8 malam dan pukul 4 pagi. -SM