Teknologi

Prasarana Lancar Aplikasi “PULSE”, Bantu Orang Ramai Rancang Perjalanan Guna Perkhidmatan Awam

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melancarkan aplikasi perancang perjalanan PULSE, atau ‘Planning Your Lifestyle Efficiently’ kepada pengguna perkhidmatan awam hari ini.

Pelancaran aplikasi ini dirasmikan oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman di Kompleks Rapid Rail, Subang.

Aplikasi PULSE adalah satu lagi inisiatif daripada Kumpulan Prasarana bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Kumpulan Prasarana.

Menurut Dato’ Sri Tajuddin, untuk fasa pertama, aplikasi PULSE boleh diguna-pakai untuk perkhidmatan rel dan bas Rapid KL di Lembah Klang dan Selangor yang meliputi rangkaian LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Sri Petaling, Laluan Monorel, Bas Rapid Transit – Laluan Sunway, perkhidmatan bas henti-henti Rapid KL dan juga bas perantara Jom Naik MRT.


Manakala, PULSE akan dikembangkan untuk fasa kedua bagi meliputi perkhidmatan bas Rapid Penang dan Rapid Kuantan pertengahan tahun depan.

Beliau turut menitipkan harapan agar orang ramai memanfaatkan aplikasi yang mesra pelanggan dan mudah digunakan ini.

“Dengan adanya aplikasi baru ini, para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana dapat merancang perjalanan mereka dengan lebih baik; sekali gus mengoptimakan masa mereka untuk lebih produktif dan membantu meningkatkan produktiviti diri, organisasi dan juga negara secara keseluruhan,” katanya.

Menariknya lagi, aplikasi PULSE turut dilengkapi dengan ciri-ciri khas seperti Masa Ketibaan (Arrival Time) bagi memudahkan pengguna menjangkakan ‘Estimated Time of Arrival’ (ETA) bas dan tren berdasarkan kepada data masa benar atau ‘real-time’ daripada Rapid Bus dan Rapid Rail, Kiraan Tambang (Fare Calculator) yang mempamerkan tambang perjalanan dan Status Perkhidmatan (Service Status) untuk mempamerkan status perkhidmatan tren.

Selain itu juga, ianya juga dilengkapi dengan ciri Notifikasi ‘App Push’ (App Push Notification) yang membolehkan ‘admin’ untuk menghantar mesej mengenai perubahan dalam perkhidmatan secara terus ke telefon pengguna pada bila-bila masa, ciri Maklumat Dekat Saya (Near Me) dimana pengguna boleh melihat stesen-stesen terdekat dan tempat-tempat menarik atau ‘points of interest’ dan ciri Hubungi Kami (Contact Us) sebagai medium pengguna menyalurkan maklumat kepada Rapid KL.

Para pengguna perkhidmatan Rapid KL boleh memuatkan turun aplikasi PULSE di Google Play Store minggu depan dan di Apple App Store sebelum Tahun Baru.

(Visited 125 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button