Jenayah

Warga asing fitnah Malaysia pulang naik pesawat 31 Ogos

SEORANG lelaki warga Bangladesh yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kerana menfitnah tindakan yang diambil terhadap rakyat asing akan menaiki pesawat untuk pulang ke negara asal pada 31 Ogos ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud memaklumkan, Md Rayhan Kabir yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown akan diusir dari Malaysia selewat-lewatnya hujung bulan ini.

“Pas lawatannya juga telah ditamatkan dan setelah selesai siasatan ini kita akan hantar ke negara asalnya di Bangladesh,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Tegas Indera Khairul, lelaki tersebut termasuk dalam senarai hitamkan dan dia tidak akan dibenarkan menjejakkan kaki ke Malaysia selama-lamanya.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button