Warga asing pakai gelang pink Covid-19 bebas bergerak
DUA orang warga asing yang memakai gelang pink Covid-19 dirakam bergerak bebas di Jalan Perak, Pulau Pinang hari ini.
Berdasarkan gambar yang dimuat naik di facebook Info Road Block Seluruh Malaysia, dua warga asing yang jelas memakai gelang itu selamba berjalan di tempat awam.
Ketika beberapa negeri dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kes positif Covid-19 terus mencatat rekod baru setiap hari ini, sikap begini hanya akan memburukan keadaan.
Pematuhan kepada prosedur standard operasi (SOP) sangat penting dalam memutuskan rantaian Covid-19 dan ia tidak terhad kepada warga negara Malaysia sahaja.
Lagi parah sekarang ini apabila kes paling banyak dicatatkan dalam kalangan pekerja warga asing.
Oleh penguatkuasaan tegas perlu dilakukan terutama yang membabitkan mereka yang dipakaikan gelang pink kerana mereka ini wajib menjalani kuarantin hingga disahkan bebas dari pandemik itu.