Nasional

Wanita sebar berita palsu kematian pemanah negara diburu polis

PADAM, bawa turun dan mohon maaf sekalipun, wanita yang bertanggungjawab memuat naik rakaman video yang menuduh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyembunyikan punca kematian pemanah negara, Allahyarham Haziq Kamaruddin, tetap dicari polis.

Polis sedang giat mengesan seorang wanita yang menyebarkan berita palsu mengenai kematian Haziq dalam satu hantaran video di akuaun Instagram milik wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd. Zaid Hassan  dalam kenyataannya hari ini berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam yang terlihat rakaman tersebut kelmarin (Sabtu lalu).

Rakaman video berdurasi 3 minit 34 saat itu dimuatnaik melalui akaun Instagram milik penama Aqila Yusri serta status aplikasi WhatsApp, kata Mohd. Zaid.

“Video itu memaparkan tuduhan terhadap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), punca kematian Allahyarham Haziq Kamaruddin, berpunca dari saluran darah tersumbat akibat pengambilan vaksin AstraZeneca dan menyembunyikan punca sebenar kematian,” katanya.

Pihak polis, kata Mohda. Zaid, mengesan suspek yang terlibat dalam rakaman video tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 AKMM 1998,” kata beliau.

Didapati, video berkenaan telahpun diturunkan daripada akaun Instagram berkenaan manakala pemilik akaun memuatnaik hantaran permohonan maaf kepada beberapa pihak yang disebut didalam rakaman video tersebut.

‘Kita menasihati orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengulas atau menular sebarang maklumat yang tidak sahih.

“Tindakan seperti ini boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button