JenayahNasionalNegeri

Wanita rugi RM100,000 ditipu sindiket tawaran kerja

PERINGATAN demi peringatan diberi namun rakyat Malaysia masih tertipu sama ada oleh scammer atau pun sindiket. Di Kuantan, Pahang, seorang wanita mendakwa kerugian RM118,767.49 selepas dia terpedaya dengan sindiket tawaran kerja sambilan yang menjerat mangsa dengan menawarkan gaji yang tinggi secara dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa yang berusia 22 tahun itu mendakwa dia ditawarkan pekerjaan oleh seorang wanita yang dikenalinya menerusi laman sosial Instagram pada 23 Julai lepas.

“Suspek dikatakan telah menawarkan mangsa untuk menyelesaikan satu tugasan dengan bayaran selain turut memberikan nombor telefon untuk dihubungi jika mangsa berjaya melakukan kerja itu.

“Mangsa yang menghubungi suspek kemudiannya ditawarkan pula tugasan melakukan tangkap layar barangan di pautan diberikan dengan dijanjikan keuntungan bagi setiap tangkap layar dibuat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yahaya berkata, mangsa yang bekerja di sebuah institusi pendidikan di Kuantan tertarik dengan “kerja” itu kerana telah menerima upah RM47 selepas menyelesaikan dua tugasan menyebabkan dia terus menghubungi suspek untuk mendapatkan tugasan selanjutnya.

Suspek didakwa mengarahkan mangsa untuk membuat bayaran terlebih dahulu dengan dia akhirnya membuat 20 transaksi pemindahan wang ke 11 akaun yang diberikan oleh suspek.

Mangsa yang menggunakan wang simpanannya bagi membuat bayaran itu turut meminjam daripada bank dan rakan sebelum menyedari dirinya telah ditipu apabila menyedari jumlah wang yang telah dikeluarkannya, katanya.

Yahaya berkata, mangsa kemudiannya membuat laporan di IPD Kuantan petang semalam.

Yahaya menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja melalui media sosial terutamanya yang menawarkan gaji lumayan bagi kerja mudah serta membuat semakan latar belakang syarikat terlibat.

Walaupun Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan pernah berkata, untuk bersara dengan bermaruah, perlu ada simpanan asas RM240,000 dan carilah kerja yang majikannya menawarkan gaji yang tinggi.

Orang awam juga dinasihatkan membuat semakan nombor akaun diterima menerusi semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat transaksi pemindahan wang bagi mengelakkan ditipu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button