JenayahNasional

Pemilik tadika swasta rugi RM1 juta terdaya pelaburan tidak wujud

Seorang wanita pemilik sebuah tadika swasta kerugian lebih RM1 juta apabila diperdaya seorang lelaki yang baru dikenali 11 hari menerusi akaun Instagram.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, wanita berusia 53 tahun itu termakan janji manis lelaki dipercayai warga Taiwan bernama Tan Sau Fung menerusi sebuah pelaburan yang tidak wujud.

Menurutnya, pengadu mengenali suspek menggunakan akaun Instagram miliknya pada 27 April lalu.

“Suspek mendakwa kononnya dia menetap di Jepun dan sedang mencari pelabur dalam satu perniagaan membeli barangan di dalam laman web https://everythingmallx.cc/ yang kononnya berpejabat di Amerika Syarikat (AS).

“Hubungan antara suspek dan mangsa semakin rapat apabila mereka sering berhubung melalui talian lime dan berkomunikasi dan melalui pesanan khidmat ringkas (SMS),” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Related Articles

Zainol berkata, suspek telah memujuk dan menawarkan satu pelaburan dengan membeli barang dalam laman web dan boleh mendapat keuntungan sebanyak 10 peratus bagi setiap barang yang dijual.

Jelasnya, terpengaruh dengan suspek, wanita tersebut telah membuat sebanyak 28 transaksi ke dalam enam akaun bank yang berbeza.

“Keseluruhan wang yang dipindahkan adalah sebanyak RM1.064 juta iaitu dari 7 hingga 30 Mei lalu,” ujarnya.

Mangsa katanya, hanya menyedari dirinya ditipu dia telah diminta untuk membuat bayaran tambahan jika ingin mendapatkan komisen berjumlah AS$200,000 (RM923,685.55) melalui laman web tersebut.

Jelasnya, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh Rabu lalu selepas mangsa gagal mengakses laman web tersebut.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – SM

BACA 5 polis peras ugut scammer RM150,000 dirujuk kepada TPR

BACA Cikgu tadika putus asa, terpaksa cari kerja lain

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button