Luar Negara

Wanita diragut dua kali selang beberapa saat

MALANG tidak berbau atau sudah jatuh ditimpa tangga? Begitulah peribahasa yang menggambarkan nasib yang menimpa seorang wanita apabila dia terpaksa berdepan dengan detik mengejutkan selepas diragut dua kali dalam tempoh selang beberapa saat.

Dalam kejadian pada 28 Mei lalu, mangsa yang dikenali sebagai Ban Muy Heang dikatakan sedang melintas jalan bersama rakannya di Phnom Penh, Kemboja.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat berhenti di tengah-tengah jalan bagi memberi laluan kepada pengguna jalan raya.

Tanpa disangka-sangka, seorang lelaki yang membonceng motosikal dilihat dengan pantas meragut telefon bimbit wanita itu membuatkan mangsa tergamam dengan kejadian yang berlaku sepantas kilat.

Tidak sempat berbuat apa-apa, suspek kedua yang turut membonceng motosikal pula menyentak beg tangan wanita itu beberapa saat selepas kejadian pertama.

Susulan kejadian tersebut, polis berjaya menahan tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun itu.

Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 17 dan 20 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bandar Phnom Penh yang mana suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Pada 9 Julai lalu, mereka mengaku telah  meragut wanita berkenaan (wanita yang sama) serta terlibat dalam dua lagi kes rompakan lain. – ASTRO AWANISM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button