Jenayah

Wanita bukan Melayu kantoi pandu Mercedes namun dikesan 45 kali tak bayar tol!

Seorang wanita bukan Melayu yang memandu kereta mewah kelas A, Mercedes-Benz ditahan setelah dikesan 45 kali culas membayar tol.

Penahanan dibuat ketika wanita bukan Melayu berkenaan melalui lebuh raya milik Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS).

Menurut PROLINTAS, akibat sikap culas dan sering mengelak daripada mebayar tol, jumlah tunggakan pada kenderaan itu bernilai RM275.65.

Meskipun wanita bukan Melayu itu menyelesaikan semua tunggakan berkenaan serta-merta, netizen beranggapan ada ‘beberapa kelemahan’ berlaku.

Antaranya, mereka persoalkan bagaimana palang boleh melepaskan kenderaan yang sering mengelak daripada membayar tol.

Dan mengikut jumlah tunggakan, jelas ia bukan pertama kali dilakukan dan tindakan wanita bukan Melayu itu wajar dianggap satu jenayah.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button