Wanita berbogel ketika berlari dikenakan denda kerja sosial 12 bulan
MAHKAMAH di Knowsley, England diberitahu seorang wanita yang bertelanjang bulat yang ditangkap berlari melalui hutan dan menendang seorang pegawai polis di bahagian sulit pegawai berkenaan selepas dia cuba menutupnya dengan jaketnya.
Andrea Wymer, 52, meninggalkan anggota polis itu, Kieran Moran yang dalam kesakitan selepas dia bersama rakannya mengejar untuk menahannya.
Sejurus sebelum larian sekolah petang, Moran dan seorang rakan sekerja wanita telah menawarkan Wymer jaket mereka dalam usaha untuk ‘menjaga maruahnya’.
Tetapi dia enggan dan sebaliknya menendang dan memukul pegawai lelaki itu di pangkal paha ketika mereka cuba menahannya.
Wymer dari Huyton, dekat Liverpool, dikatakan mempunyai ‘episod perubatan’ ketika melakukan kesalahan.
Mahkamah Majistret Sefton memerintahkan Wymer membayar Moran pampasan £100 selepas dia mengaku menyerang pegawai polis itu.
Hakim Daerah James Hatton menjatuhkan hukuman kepada Wymer dengan perintah komuniti selama setahun 20 hari pemulihan dan perlu menjalani rawatan kesihatan mental selama enam bulan. Dia juga didenda £50 dan disuruh membayar surcaj mangsa £95.
Hakim Hatton memberi amaran kepada Wymer, dia mungkin perlu hadir ke mahkamah semula jika gagal mengikuti perkhidmatan percubaan. – SM