Politik

Najib tidak seret rakyat, parti bersengketa dengan hakim

DATUK Seri Najib Tun Razak tidak mengheret parti dan rakyat untuk bersengketa dengan hakim selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam memutuskan bekas Perdana Menteri itu bersalah dalam kes melibatkan SRC Internantional.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, Ahli Parlimen Pekan itu sebaliknya menyeru agar rakyat menghormati mahkamah keputusan mahkamah.

Menurut beliau, situasi sama tidak berlaku ketika Presiden PKR Datuk Anwar Ibrahim diputuskan bersalah oleh mahkamah dalam dua kes sebelum ini.

“Datuk Seri Najib tidak mengheret parti dan rakyat untuk bersengketa dengan hakim. Hal ini jauh berbeza dengan apa yang pernah berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan dua kesnya sebelum ini.

“Malah sebaliknya, rakyat diseru agar menghormati mahkamah. Sejak dari awal, Datuk Seri Najib telah menunjukkan teladan sebagai seorang pemimpin yang berhemah tinggi dan bermaruah,” kata .

Dalam satu kenyataan, Wan Muhammad Azri berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bukan bermakna Najib telah rebah.

“Keputusan Mahkamah Tinggi ke atas Datuk Seri Najib Abdul Razak semalam bukan suatu pengakhiran.

“Menurut peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pasukan pembelaan mempunyai asas yang kukuh peluang untuk membuktikan dirinya tidak bersalah masih tinggi,” kata Wan Muhammad Azri.

Justeru beliau meminta agar rakyat khususnya para penyokong UMNO agar mengukuhkan penyatuan dan meletakkan kepercayaan kepada Presiden UMNO Datuk Ser Ahmad Zahid Hamidi untuk membuat keputusan.

“Usah berpecah-belah dan menuruti emosi sehingga meruntuhkan kekuatan kita.

“Lautan mana yang tidak bergelora. Namun, yakinilah nakhoda yang mengemudi bahtera kita, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Apa jua keputusan yang bakal dibuat adalah hasil permuafakatan bersama.

“Misi membela kebajikan rakyat dan perjuangan demi kesejahteraan tanah air masih belum selesai,” kata Wan Muhammad Azri.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button