JenayahNasional

Walaupun stress, gurauan admin Facebook Polis Penampang Sabah mudah difahami

PENINGKATAN jumlah kes Covid-19 sejak kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat terutama penduduk di Sabah kerana hampir semua daerah di negeri di Bawah Bayu itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kebimbangan itu menimbulkan keresahan dalam kalangan penduduk di sana untuk bergerak ke sesuatu lokasi kerana perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Dalam kebimbangan itu, akaun rasmi Facebook Polis Daerah Penampang memuat naik satu hantaran berkaitan ‘Anda Tanya Kami Jawab’.

Menerusi hantaran itu, warga maya bertanyakan pelbagai soalan yang membuatkan jawapan yang diberikan pentadbir (admin) pengendali akaun Facebook polis tersebut terhibur.

Salah satu soalan yang dihantar oleh Ovyeit Ubit yang bertanyakan tentang dua penumpang dalam satu kereta.

“Dua penumpang dalam satu kereta. Bukankah ia tidak termasuk pemandu. Minta pencerahan. TK (Terima Kasih).”

Menariknya, pentadbir akaun rasmi Facebook itu menjawab dengan jelas tentang SOP yang perlu diikuti.

“Actually (sebenarnya) macam ini. SOP PKPB hanya membenarkan dua orang dalam satu kenderaan dalam satu-satu masa. Satu pemandu dan satu penumpang. Kalau Math (Matematik) pula macam ini 1+1=2.”

Namun paling mencuit hati apabila seorang pengikut, Norman Mohd Ramly meminta pentadbir akaun media sosial itu mendedahkan wajahnya.

Bagaimanapun balasan yang diberikan agak menarik dan membuatkan ramai terhibur membacanya.

“Admin adalah salah seorang dari frontliner (barisan hadapan) juga, kadang-kadang admin ada di roadblock (sekatan jalan raya), kadang-kadang ada di pos statik, kadang-kadang ada di balai polis tapi paling selalu ada dihatimu,” katanya.

Jawapan balas oleh pentadbir akaun media sosial itu bukan sahaja menghiburkan malah mudah difahami oleh mereka yang bertanyakan soalan.

Doakan semoga situasi di Sabah kembali reda dan kehidupan rakyat di sana dikembalikan seperti sedia kala. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button