Nasional

Wajah Lelaki Kononnya ‘Berkopiah’ & Berjanggut Rupanya Kapten Speedy!

Sehari dua ini kecoh dengan iklan sejenis arak buatan tempatan yang diberi nama ‘TIMAH’ dan wajarlah untuk umat Islam di negara ini mengecam pengeluaran minuman haram ini.

Sehinggakan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor pun melahirkan rasa terkejut mengapa kumpulan laknatullah itu menggunakan wajah lelaki berkopiah dan berjanggut.

Namun begitu sekiranya Wan Salim beranggapan lelaki tersebut adalah perwatakan seorang lelaki muslim yang mengamalkan sunnah Rasulullah, ternyata ia adalah telahan yang silap.

Hal ini demikian kerana wajah lelaki dalam iklan tersebut adalah Kapten Tristram Speedy (1836) yang diberi tugas mengatasi kemampuan orang Melayu di Perak sehingga 1911.

Kapten Speedy dilantik sebagai Kapten Polis di Larut oleh Pembesar Larut di Perak, Ngah Ibrahim, mungkin kerana ketika itu semua orang Melayu di Perak sudah mati dan lembik.

Atau pun tidak ada Melayu Perak yang bijak untuk menjadi Kapten Polis dan tak salah untuk buka kuasa kepada penjajah laknatullah untuk merosakkan sistem Tanah Melayu sehingga ke hari ini.

Menurut sumber, sebelum itu pada tahun 1871, Kapten Speedy pernah dilantik sebagai Superintenden Polis di Pulau Pinang namun berhenti bila menerima tawaran lebih baik dari Pembesar di Perak.

Kalau bayarannya kecil dan nikmatnya biasa-biasa sahaja, mustahil Kapten Speedy sanggup tinggalkan jawatan lamanya dan merebut peluang daripada pemimpin tertinggi Melayu ketika itu.

Pemimpin Melayu juga yang agungkan penjajah laknatullah barat untuk memegang kuasa dalam masyarakat Melayu yang akhirnya terpaksa jadi macam lembu yang terpaksa ditarik hidungnya.

Paling celaka, selepas termeterai Perjanjian Pangkor, Kapten Speedy sekali lagi dilantik sebagai Penolong Residen di Larut sehingga 1877 sedangkan tiada apa-apa yang bagus pun daripadanya.

Sekadar menjadi penambah rasa untuk mengutuk dan mengecam pejuang Melayu di Perak sebagai pembelot, pengkhianat dan orang jahat yang wajar dihapuskan.

Kesimpulannya, orang Melayu perlu tahu bahawa wajah manusia yang terpampang pada iklan arak itu adalah seorang penjajah yang wajar dikejam kerana merosakkan Melayu dan Islam.

Namun kepada mufti Pulau Pinang, tak salah untuk mengecam iklan arak tersebut namun biarlah atas alasan yang kukuh bukan sekadar pada muka yang berkopiah dan berjanggut itu.

Pertama, Kapten Speedy memang layak terpampang di botol arak tersebut kerana perangainya pun sudah cukup memabukkan sekali gus mewakili semua penjajah laknatullah.

Kedua, kecamlah atas penggunaan nama ‘TIMAH’ yang kelaziman bagi masyarakat Melayu yang mana ‘Timah’ adalah singkatan daripada Fatimah iaitu nama puteri Nabi Muhammad SAW yang amat dihormati.

Kalau boleh, pakailah nama ‘NAJIS’ dengan mengekalkan muka Kapten Speedy dan yang terakhir, kecamlah dari segi lokasi pengeluaran dan penghasilannya.

Kalau rakyat Malaysia yang mabuk arak ini sibuk sangat nak buat arak jenama negara yang didiami, mohon lucutkan kerakyatan dan berpindahlah ke mana-mana bukan negara Islam.

Asyik nak fikir sensitiviti bukan orang Melayu dan bukan orang Islam sahaja. Sensitiviti umat Islam dan orang Melayu di Tanah Melayu ini tak pernah pun ada sesiapa nak jaga di peringkat tertinggi.

Nak harapkan pemimpin politik bersuara? Mungkin ketika mereka jadi pembangkang sahaja. Sekarang sudah jadi ‘keluarga Malaysia’, mungkin ramai yang diam. Nak tak nak, PM kena jadi taiko selesai permasalahan ini!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button