Rencana

Viveonah bertuah, ramai tidak sebertuah dia

Veveonah Mosibin berusia 18 tahun seorang YouTuber dan antara rakyat Malaysia yang bertuah.

Kisah kesukarannya untuk menggunakan pelayanan data internet untuk belajar secara dalam talian menjadi polemik dan kebetulan Sabah berdepan dengan pilihan raya iaitu negeri kelahiran pelajar Universiti Malaysia Sabah itu.

Lantaran itu tidak hairan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dilaporkan berjumpa dengan pelajar  Veveonah.

Dalam gambar yang sengaja disebar di media sosial itu turut kelihatan adalah Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr. Noraini Ahmad.

Sebenarnya tidak perlu pergi jauh sampai ke Sabah masalah yang sama turut dilalui oleh pelajar di Selangor dan hingga ke utara dan selatan tanah air.

Liputan data merupakan isu yang sangat serius tetapi oleh kerana para menteri tidak prihatin dan mereka hanya memerintah negara di dalam Facebook dan Twitter dan media sosial lain jadi bagaimana mereka boleh merasakan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

Jika benda diangkat menjadi isu di media sosial baharulah mereka berbondong-bondong berkerumun menyatakan keprihatinan dan ihsan, jika tidak selesaikan sendiri masalah masing-masing mengikut kreativiti masing-masing.

Ada yang terpaksa bertenggek di tengah jalan di tengah malam untuk mendapat isyarat yang lebih baik bagi membolehkan berkomunikasi.

Ada pula isyarat hanya jelas apabila di dalam tandas, maka terpaksalah duduk di dalam tandas berjam-jam untuk menyelesaikan kerja dan kerja sampingan.

Pada pilihan raya lalu ketika saya turun ke lapangan di utara tanah air, ramai yang merungut masalah ini dan saya sendiri sukar untuk berkomunikasi dengan ibu pejabat bagi menyelesaikan kerja kerana masalah isyarat liputan telekomunikasi yang lemah.

Bahkan di rumah saya sendiri tidak mempunyai isyarat langsung dan syarikat telekomunikasi dan kerajaan memang sedar perkara ini tetapi mereka belum cukup berusaha dan beriltizam untuk menyelesaikannya kerana pelbagai kekangan terutamanya kewangan.

Jadi untuk dekad ini kita perlu terima hakikat negara kita hanya gah diluar tetapi di dalamnya kemudahan infrastrukturnya masih banyak kekurangan.

Carilah pokok atau tandas untuk dapatkan liputan yang lebih meluas.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button