[VIDEO] Vokalis & pemain bass The 1975 cium mulut, penonton tak cegah kemungkaran
Yang ditakuti sudah terjadi, The 1975 menjadi antara band yang sempat melemparkan benih-benih LGBT dalam konsert Good Vibes Festival 2023 di Sepang, malam tadi.
Pada orang lain sibuk menunggu Bell Ngasri menang besar dalam ABPBH35 dan bercakap tentang keanehan Tun Mahathir Mohamed tampil di pentas Pas, anak-anak muda mencari hiburan.
Antara hiburan yang sempat dinikmati adalah lagu-lagu Barat yang tidak menjunjung Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW serta menyaksikan aksi vokalis The 1975 bercium dengan pemain bassnya.
Bukannya bercium satu saat atau dua saat, siap bercium penuh dengan nafsu, di hadapan anak-anak muda Malaysia termasuk mereka yang beragama Islam dan Melayu.
Namun seperti yang dijangka, anak-anak muda hari ini hilang jati diri dan sebenarnya tidak mampu melawan budaya songsang seperti LGBT ini, tindakan refleks mereka tiada.
Hanya mampu duduk di bawah pentas, bersorak keanehan dan setelah beberapa kemudian, barulah penganjur memadamkan lampu dan megharamkan band Th 1975 membuat persembahan.
Baca Juga> Konsert Festival Good Vibes 2023 dibatalkan serta-merta – Fahmi Fadzil
Bacca Juga> Pemuda PAS personal mengapa kumpulan muzik pro-LGBT dibenarkan masuk