NasionalpilihanUncategorized

Vaksin ‘walk-in’ untuk warga emas di seluruh negara

Warga emas yang ingin mendapatkan vaksin tanpa temu janji boleh berbuat demikian di seluruh negara bermula minggu hadapan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas 95 peratus warga emas di seluruh negara telah didaftar untuk menerima vaksin.

“Disebabkan itu Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) membuat keputusan untuk kaedah tersebut ke seluruh negara.

“Sebelum ini hanya warga emas yang belum terima temu janji sahaja dibenarkan untuk walk-in di kawasan Lembah Klang,” katanya.

Menurut Khairy, pengumuman berkenaan pemberian vaksin secara walk-in ini juga akan diumumkan oleh CITF negeri masing-masing.

Jelasnya, pengumuman tersebut termasuklah melibatkan tarikh pelaksanaan dan PPV yang akan terlibat.

“Inisiatif secara walk-in bagi warga emas di Lembah Klang pula akan diteruskan selepas ini,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button