Nasional

Vaksin kepada petugas media tanda kerajaan prihatin

HAMPIR 6,000 nama petugas media diterima Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi dimasukkan dalam senarai penerima vaksin dalam masa terdekat.

Pengambilan senarai nama petugas media oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu disifatkan sebagai keprihatinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada sumbangan petugas media.

Selain sumbangan, peranan pengamal media juga dikatakan amat penting sebagai sebagai penyampai dasar kerajaan, maklumat dan berita yang tepat kepada rakyat termasuk berita mengenai Covid-19.

“Syabas kepada Khairy Jamaluddin yang mengumumkan beberapa hari lepas bahawa beliau telah menerima nama hampir 6,000 orang pengamal media yang akan dimasukkan dalam senarai penerima vaksin dalam masa terdekat.

“Ini menunjukkan keprihatinan Khairy dan kerajaan PN terhadap kebajikan pengamal media yang setiap hari memainkan peranan penting memastikan rakyat mendapat maklumat tepat.”

Demikian kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Saiful Wan Jan, dalam satu kenyataan hari ini yang turut menghargai peranan wartawan semepna Hari Wartawan Nasional (Hawana).

Terdahulu, Khairy dilapor mengumumkan pemberian vaksin kepada petugas media apabila kumpulan individu itu sebagai golongan berisiko terkena jangkitan ketika bertugas di lapangan.

Penerimaan itu juga dikatakan dibuat selepas pelbagai desakan termasuklah surat terbuka yang dihantar kepada beliau oleh Tan Sri Johan Jaaffar bertajuk ‘An Open Letter to YB Khairy Jamaluddin, ‘Reporters Are (Still) Not Frontliners?’.

Dalam pada itu, Wan Saiful mengharapkan pemberian vaksin ini dapat diberikan secepat mungkin supaya para petugas media dapan menjalankan tugas dengan lebih yakin.

“Tanpa wartawan, mustahil berita-berita dan maklumat penting akan dapat disebarluaskan ke seluruh negara dengan cepat dan pantas, termasuklah berita-berita mengenai wabak yang sedang melanda.

“Ramai wartawan meredah pandemik demi mendapat berita yang betul untuk dilaporkan.

“Maka memang amat wajarlah pengiktirafan dan penghargaan diberikan kepada pengamal media dengan cara meletakkan mereka sebagai frontliners dan memberi keutamaan kepada mereka dalam mendapatkan vaksin.

“Saya harap proses memberikan vaksin kepada wartawan akan dapat diselesaikan dengan seberapa cepat,” sarannya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button