Luar Negara

Vaksin Covid-19 mungkin tidak ada langsung -KP WHO

Ketua Pengarahnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus seolah-olah tidak memberi sebarang harapan mengenai jangkitan wabak maut Covid-19.

Dalam satu  taklimat media, Dr. Tedros dilaporkan berkata, vaksin bagi menangani wabak Covid-19 masih belum wujud dan mungkin tidak akan ditemui.

“Belum ada magik buat masa ini dan mungkin tidak ada langsung. Oleh itu patuhi penjarakan sosial, basuh tangan dan pakai pelitup muka. Lakukan semua itu,” kata Dr. Tedros kepada media.

Menurut Dr. Tedros, sejumlah vaksin kini dalam fasa ketiga percubaan dan berharap ada vaksin yang efektif untuk menangani jangkitan koronavirus.

”Namun, pada saat ini belum ada magik dan mungkin tidak akan ada. Buat masa ini, menghentikan penularan wabak menjadi dasar-dasar kesihatan awam dan kawalan penyakit: menguji, mengasingkan dan merawat pesakit dan menjejak dan kuarantin kontak mereka,” katanya.

Virus itu mula mengancam dunia pada bulan Disember tahun lalu selepas merebak di Wuhan, China. Selepas sembilan bulan para saintis dan doktor masih bergelut mencipta vaksin yang dapat membunuh sekaligus menghalang virus tersebut daripada terus merebak.

Data Johns Hopkins University  menunjukkan sehingga kini 18 orang di seluruh dunia telah dijangkiti Covid-19 denga kematian mencecah 689,000 orang.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button