Nasional

Pukul pengawal keselamatan: Lelaki Nepal ditahan

SEORANG lelaki warganegara Nepal ditahan semalam untuk membantu siasatan kes pukul pengawal keselamatan yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail dalam kenyataannya semalam.

“Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang tadi, hasil kerjasama Kedutaan Nepal di Malaysia dan orang awam.

“Suspek kini ditempatkan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah pada hari ini untuk proses reman,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BACA> Pukul pengawal keselamatan Nepal, polis mulakan siasatan

Menurut Rajab, pihaknya kini masih dalam tindakan mengesan mangsa kejadian dan menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat supaya segera tampil untuk membantu siasatan.

Jelasnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Shahrul Azzuan Sharom di talian 016-2014334 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju, Asisten Superintendan, M Hussin Sollehuddin Zolkifly (017-2446363).

“Orang ramai juga boleh hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau tampil ke mana- mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Sebelum ini, video berdurasi selama 44 saat itu menunjukkan seorang lelaki memukul pengawal kesemalatan itu dengan menggunakan sebatang kayu pada 7 Julai lalu.

Video tersebut telah ditonton dan mendapat kecaman pelbagai pihak yang kurang senang dengan tindakan diambil terhadap mangsa.

BACA> Projek terowong dasar laut Pulau Pinang berjalan lancar

Sementara itu, Kedutaan Nepal menerusi kenyataannya berkata satu laporan polis telah dibuat susulan penularan video melibatkan rakyatnya itu.

“Kedutaan Nepal di Kuala Lumpur maklum dengan penuh perhatian klip video terkini yang tular di media sosial mengenai serangan terhadap seorang pengawal keselamatan di Malaysia.

“Satu laporan polis telah dibuat untuk siasatan lebih lanjut,” katanya. -SM

(Visited 226 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button