Belang Bertempat

Vaksin AstraZeneca: Menteri, Kerajaan sila jawab – Isham Jalil

TAK tumbuh, tak melata. Tidak sungguh, tidaklah dikata. Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil membuat catatan untuk perkongsian khalayak.

Catatan atau tulisan beliau dikongsi dalam SUARA MERDEKA kerana apa yang dilakarkan oleh beliau adalah sesuatu untuk kita semua renungkan kerana ia menyentuh tentang kehidupan kesihatan kita.

Hari ini jumlah kes COVID-19 di seluruh negara telah mencapai lebih 400,000 kes. Kes jangkitan harian pula lebih 3,000 sehari dengan purata kasar, 15 orang meninggal dunia hari ini.

Menurut Isham, vaksin AstraZeneca yang dibeli kerajaan pula dilaporkan mempunyai masalah risiko gumpalan darah.

“Sebelum ini terdapat penerima vaksin yang serupa ini di negara lain yang telah dilaporkan mati akibat gumpalan darah di otak disebabkan vaksin AstraZeneca ini akibat “vaccine-induced thrombotic thrombocytopenia” (VIIT).

“Oleh sebab risiko inilah, Kerajaan Perancis telah mengarahkan rakyat negaranya yang berumur bawah 55 tahun, diberi dos kedua dengan vaksin yang berlainan setelah dos pertama AstraZeneca diberi kepada mereka sebelum ini,” ujar Isham.

Kerajaan Jerman pula, tambah Isham lagi, mengarahkan supaya vaksin AstraZeneca ini diberikan hanya kepada rakyatnya yang berumur 60 tahun ke atas.

“Oleh itu di Eropah kerajaan dan pakar percaya atau yakin bahawa kesan sampingan gumpalan darah vaksin AstraZeneca ini terdedah kepada orang muda (bawah umur 55 tahun) mahupun yang tua (60 tahun ke atas),” kata Isham.

Sambil memberi contoh lain, Isham berkata, Kerajaan Denmark pula telah membatalkan pemberian vaksin AstraZeneca ini kepada seluruh rakyatnya.

Namun Kerajaan Malaysia, tegas Isham, telah membuat keputusan untuk terus memberikan rakyat negara ini vaksin AstraZeneca dan diberikan pula kepada sesiapa yang sukarela mahu menerimanya.

Menteri yang bertanggungjawab berkata, mereka tidak mahu “membazirkan vaksin ini yang berkesan dan selamat”.

“Menteri juga kata, yang risiko gumpulan darah ini hanyalah kecil kerana ia adalah 4 kes dalam 1 juta orang.

Oleh itu katanya, ketakutan rakyat terhadap vaksin AstraZeneca ini adalah “tidak berasaskan fakta dan sains”,” catat Isham lagi.

Sehubungan itu, Isham bertanya, adakah menteri dan kerajaan terima bulat-bulat kenyataan sesetengah pakar yang mengatakan, “manfaat vaksin ini adalah melebihi mudaratnya”?

“Kerajaan Malaysia dilaporkan telah membeli 12.8 juta dos vaksin AstraZeneca ini. Dan vaksin AstraZeneca ini akan diberikan kepada rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan,” ujar beliau.

Kerajaan dan menteri, dakwa Isham lagi, tentunya tidak faham mengapa rakyat di seluruh dunia dan di Malaysia risau untuk menerima vaksin AstraZeneca ini. Mereka (menteri-menteri) pun tidak ambil suntikan vaksin ini!

Kata Isham dengan jelas lagi bersuluh, kerisauan rakyat ini bukanlah tidak berasas. Rakyat bukannya bodoh.

“Di atas kertas, memanglah vaksin ini mengikut statistik, akan memberi manfaat kepada 999,996 orang dari setiap 1,000,000 penerima tanpa risiko gumpulan darah.

Katanya, “hanya” empat orang “sahaja” yang berisiko. Namun apa akan jadi jika seseorang individu tersebut adalah salah seorang dari empat orang yang mendapat gumpulan darah itu dan mati kerananya?

Adakah empat orang ini akan juga fikir seperti kerajaan atau menteri fikir iaitu manfaat vaksin ini melebihi dari mudaratnya?, kata Isham lagi.

“Adakah mereka akan dibenar memperjudikan nyawa mereka secara sukarela sebab itu, saya ingin tanya kerajaan beberapa soalan ini:

PERTAMA, berapa orang yang kerajaan jangka akan sukarela mendaftar untuk mengambil vaksin ini?

KEDUA, apa akan jadi kepada 12.8 juta dos vaksin AstraZeneca yang telah dipesan atau dibeli ini jika hanya sedikit sahaja orang yang sukarela mahu menerimanya?

Adakah kerajaan akan akhirnya paksa rakyat terimanya kerana tidak mahu “bazirkan vaksin yang berkesan dan selamat” ini bak kata menteri?

KETIGA, berapa billion ringgit yang kerajaan telah atau akan bayar kepada syarikat farmasi yang menjual vaksin Astrazeneca ini dan apakah terma kontrak pembeliannya?

Jika vaksin ini tidak berkesan atau tidak mahu diterima oleh rakyat kerana risiko kesan sampingan, adakah kerajaan akan dapat balik kesemua atau sebahagian daripada wang pembelian vaksin ini atau ianya hangus begitu sahaja?

Adalah kerajaan akan pinjam duit berbillion ringgit lagi untuk beli vaksin lain pula?

“Oleh kerana Parlimen masih tidak dibuka dan wakil-wakil rakyat tidak boleh bertanya, saya terpaksa tanyakan soalan-soalan ini melalui media sosial sahaja dan harap dapat jawapan dari menteri dan kerajaan,” catat Isham. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button