Politik

Usul percaya, tidak percaya terhadap Muhyiddin tumpuan dewan hari ini

Isu mengenai usul tidak percaya dan percaya pada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi tumpuan sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Perintah Mesyuarat, ia akan dikemukakan oleh Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dalam pertanyaan kepada Muhyiddin.

Hassan ingin tahu bila 26 usul undi tidak percaya dan dua usul undi keyakinan akan dibentangkan, dibahaskan dan diundi.

Selepas apa yang berlaku di Perak pada sidang dewan undangan negeri tempoh negeri menyaksikan menteri besar telah tewas dalam undi percaya, usul berkenaan pasti akan didesak oleh pihak pembangkang.

Jika itu berlaku walaupun Perikatan Nasional (PN) akhirnya menunjukkan kesatuan dengan memastikan kerajaan PN kekal di Perak dan hanya menteri besar diganti, ia menjadi ujian kedua kesatuan itu dalam tempoh hanya kira-kira seminggu.

Sebelum ini speaker Dewan Rakyat tidak memberi keutamaan kepada usul berkenaan dibentangkan di dewan kerana ia lebih bersifat peribadi.

Keutamaan diberikan kepada meluluskan Belanjawan 2021, walaupun ada pihak yang berhujah bahawa kerajaan yang ada perlu ditentukan keabsahannya terlebih dahulu sebelum Belanjawan dibentangkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button