NasionalPendidikan

SWCorp, MADI dan SRI Al-Furqan laksana program 3R

Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Perlis telah berjaya melaksanakan ‘Program Pembudayaan Amalan 3R’ dengan kerjasama Al Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (MADI) dan Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Kg Jejawi Dalam, Kangar.

Program yang dianjurkan ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan sekolah bagi menerapkan amalan kitar semula di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Program ini juga merupakan program kolaborasi SWCorp yang julung kali diadakan melibatkan Sekolah Agama Rakyat.

SWCorp dengan kerjasama MADI dan SRI Al Furqan telah menganjurkan beberapa pertandingan sempena program ini termasuklah ‘Pertandingan Bercerita bagi Sekolah Rendah yang bertemakan alam sekitar dan kitar semula’, ‘Pertandingan Rekacipta bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dengan menggunakan barang berkonsepkan 3R khususnya plastik’, dan ‘Pertandingan Tulisan Khat bagi Sekolah Menengah yang bertemakan Kitar Semula dalam Bahasa Arab’.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamallullail berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran ‘Kempen #JanganGunalah dan Hargai Makanan, Elak Pembaziran’ peringkat MADI
sempena Program ‘MAIPs Peduli’ anjuran bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada petang semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah SWCorp Negeri, Shamsuharizal Basir dan Mudir MADI, Burhanuddin L Abdulah.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan serta agensi Negeri dan Persekutuan.

Menurut Shamsuharizal, pihak SWCorp juga telah menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Pelukis Negeri Perlis bagi menghasilkan lukisan mural bertemakan penjagaan alam sekitar di sekolah berkenaan.

Beliau juga turut menyerahkan replika amalan 3R kepada Burhanuddin sebagai simbolik penyerahan ‘Sangkar Kitar Semula’ sambil disaksikan oleh Tuanku Raja Muda yang sentiasa mahukan rakyat Perlis hidup bersih dan memelihara alam sekitar.

Tambah Shamsuharizal lagi, SWCorp Negeri Perlis berharap agar program ini dapat menjadi perintis dalam pembudayaan amalan 3R kepada sekolah-sekolah di negeri ini. SWCorp juga akan berusaha keras agar program kerjasama seperti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang serta mempraktikkan amalan kitar semula di sekolah dan dalam kehidupan seharian masyarakat di negeri ini.

(Visited 753 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button