Nasional
Ustaz Azhar Idrus patah tangan, hidung
PENCERAMAH bebas, Ustaz Azhar Idrus patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal.
Menurut pembantu khasnya, Wan Safari insiden itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara pada pukul 6.30 petang tadi, selepas menyertai kayuhan santai di sekitar bandar raya Kuala Terengganu.
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Mohd Jusoh mengesahkan penceramah itu dimasukkan ke HSNZ kerana terlibat dengan kemalangan.
“Saya difahamkan beliau terjatuh dari basikal. Beliau cedera ringan di muka, tangan dan kini dirawat di HSNZ,” katanya