Rencah Hidup

Usahawan dessert kecewa produknya ditiru orang lain

USAHAWAN ‘dessert’ (pencuci mulut) luah rasa kecewa terhadap segelintir perniaga lain di luar sana yang meniru konsep produknya untuk menjual kepada pelanggan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik melalui TikToknya anty Ja, dia berharap orang ramai tidak bersangka buruk dan memutar belit kenyataan tentang isu yang kerap berlaku.

https://www.tiktok.com/@cthajarsd/video/7382205524202278161?_r=1&_t=8nNJ7cIE6iH

Aunty Ja suka perkenalkan konsep, maksudnya konsep buat pelanggan terliur dan lain daripada yang lain. Aunty Ja dan team sangat berusaha untuk buat konsep tu.

“Kami perah idea umpama macam perah tuala yang kering untuk dapatkan idea, konsep. Benda tu simple tapi sangat susah.

“Apa yang Suka Dessert ketengahkan adalah konsep. Apa yang membezakan kami dengan dessert yang lain adalah konsep itu sendiri.

“Contoh soft cookies dengan susu, benda ni memang banyak jual kat luar sana. Tapi aunty Ja tengok sampai bungkusan pun sama sangat, bungkusan pun bukan senang untuk kita nak brainstorming, cari apa yang terbaik untuk pelanggan,” ujarnya.
Jelasnya lagi, aunty Ja tidak kisah peniaga lain menjual pencuci mulut yang sama sepertinya namun, berharap pihak yang terlibat menukar konsep atau idea dalam menghasilkan sesuatu produk.

“Kadang-kadang aunty Ja nampak kat FYP, benda yang sama sangat dengan kami. Orang komen dalam business tiada istilah tiru-meniru, huh pedih.

“Aunty Ja minta maaf, saya tak kisah pun tapi tolong ubah jadi lain sikit. Kadang-kadang jual benda yang sama macam aunty Ja tapi hashtag Suka Dessert tapi bukan kami punya.

“Susah tau sebenarnya nak buat kelainan walaupun nampak mudah pada orang lain tapi ianya sangat makan effort, pengorbanan yang tinggi,” luahnya lagi.
Rata-rata pengikutnya di ruang komen juga memberikan kata semangat agar terus kuat dalam harungi cabaran perniagaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button