Nasional

UPSI kekal THE ranking 8 universiti terbaik tanahair, kelompok 801-1000 dunia

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menyertai penarafan Times Higher Education (THE) World University Ranking mengekalkan kedudukan bagi tahun 2022 pada tangga 801-1000 seperti tahun lalu.

Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, mengekalkan kedudukan bererti UPSI berjaya meletakkannya bersama empat universiti lain iaitu Universiti Malaysia Pahang (UMP), Sunway University dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

“Pencapaian ini membuktikan bahawa UPSI komited dalam memastikan kecemerlangan kualiti pendidikan dan guru yang dihasilkan di Malaysia sekali gus merupakan satu pengiktirafan buat UPSI yang sedang menyambut 100 tahun penubuhannya,” jelasnya.

Penubuhan UPSI bermula dari SITC, selepas 35 tahun kemudian kolej itu telah dinaik taraf menjadi Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan selepas itu dimartabatkan menjadi Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) yang menjadi pusat utama dalam pengembangan profesion keguruan.

Tanggal 1 Mei 1997, IPSI dinaik taraf menjadi UPSI iaitu satu-satunya universiti pendidikan di negara ini.

“UPSI berhasrat untuk terus komited dalam menghasilkan graduan pendidikan berkualiti selaras dengan hala tuju pendidikan dalam bidang pengajian tinggi,” tambahnya lanjut.

Ranking universiti dunia THE adalah penyenaraian universiti ternama dengan mengambil kira pelbagai indikator bagi menilai prestasi universiti dalam empat bidang iaitu pengajaran, penyelidikan, pemindahan pengetahuan dan pandangan antarabangsa serta pendapatan industri.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button