Nasional

Kerajaan akan dedahkan laporan siasatan buku Tommy Thomas kepada umum

Kerajaan menyahklasifikasi dan akan mendedahkan laporan siasatan ke atas dakwaan dalam buku tulisan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berjudul ‘My Story: Justice In The Wilderness’.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas pembentangan laporan pasukan petugas khas siasatan pada 30 September lalu.

Berikut kenyataan penuh Perdana Menteri:

Dua pasukan petugas khas telah membentangkan Laporan Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk “My Story: Justice In The Wilderness” tulisan Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Laporan Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 September 2022 dan 7 Oktober 2022.

Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan kedua-dua Pasukan Petugas Khas seperti meneliti dan menyemak dokumentasi dan material berkaitan, mengadakan siri perbincangan/mesyuarat dan lawatan kerja dalam serta luar negara, khidmat konsultasi bersama pakar perundangan dan juru hidrografi luar negara, serta sesi temu bual dengan individu yang dikenal pasti bagi melaksanakan tugasan sebagaimana terma rujukan ditetapkan.


Susulan pembentangan Laporan Pasukan Petugas Khas Siasatan ke atas Dakwaan-Dakwaan Dalam Buku Bertajuk  “My Story: Justice in The Wilderness” tulisan Tommy Thomas, Kerajaan telah bersetuju untuk menyahklasfikasikan dan mendedahkan laporan tersebut kepada umum.

Setelah mendengar pembentangan daripada Pasukan Khas Semakan UndangUndang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan, maka Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh  pasukanbtersebut seperti berikut :

(i) Meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (International Court of Justice- ICJ) berkaitan isu ini.

(ii) Mesyuarat dimaklumkan mengenai terdapat kemungkinan kecuaian dan kekhilafan bekas Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan
terhadap keputusan penghakiman ICJ pada tahun 2008, dan permintaan tafsiran Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selepas Tun Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018.

(iii) Mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan kedaulatan negara.

Syor-syor hala tuju Kerajaan dan penambahbaikan yang dicadangkan Pasukan Petugas Khas melalui kedua-dua laporan ini adalah bersifat telus, berkecuali dan inklusif dengan mempertimbangkan hasil analisa, penelitian serta pemerhatian ahli Pasukan Petugas Khas.

Pelaksanaan Pasukan Petugas Khas ini secara keseluruhannya menjelaskan komitmen Kerajaan untuk penyelesaian terbaik berkaitan perkara ini demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

(Visited 99 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button