Banjir

UPSI gerakkan sukarelawan bantu mangsa banjir

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menggerakkan 220 sukarelawan membabitkan 130 pelajar dan 90 kakitangan dari beberapa pusat tanggungjawab dan persatuan universiti berkenaan untuk menyantuni mangsa banjir  di beberapa lokasi yang dilanda/ banjir.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata  selain menyampaikan sumbangan UPSI menggerakkan sukarelawan bersama ResQ Team yang dibentuk beberapa tahun lalu untuk bertindak proaktif turun ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir membantu membersihkan rumah mangsa banjir.

“Beberapa persatuan membabitkan kakitangan dan pelajar  digerakkan ke lokasi banjir untuk membantu mencuci rumah-rumah mangsa selain menyampaikan sumbangan,” katanya.

UPSI, katanya, berganding bahu bersama universiti-universiti awam yang lain mencuci rumah-rumah mangsa banjir yang dipenuhi lumpur.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin  berkata  antara barangan keperluan yang diterima daripada penyumbang ialah bantal, tuala mandi, tilam, tuala wanita, pampers, bantal, Susu Formula, Hand Sanitizer, Air Mineral,  Toiletries, Makanan Kering, makanan kucing, mainan, serta biskut.

Beliau berkata Pusat Kaunseling UPSI diketuai pengarah, Dr Pau Kee turut  menggerakkan kempen agar orang ramai memberi sumbangan sama ada dalam bentuk wang tunai mahupun pakaian, dan barangan keperluan harian.

Dr Pau Kee bersama sukarelawan menyampaikan sendiri sumbangan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Surah Al-Falad, Taman Sri Muda.

Besok UPSI akan menghantar sumbangan kepada 29 keluarga yang menumpang di Pusat Pemindahan Banjir Dewan Sekolah  Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4, Teluk Intan yang menempatkan 10 keluarga mangsa dari Batu 7, Jln Changkat Jong, Batu 7 1/2, Lorong Mesra serta  Pusat Pemindahan Dewan Bandaran Teluk Intan yang menempatkan 19 keluarga dari Kampung Baru, Batu 8, Teluk Intan.

Hari ini 26 sukarelawan diketuai pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ), Farizul Athir Mohd Ramli digerakkan ke Parit Mahang, Jeram Selangor untuk membantu mangsa banjir mencuci rumah yang dikotori lumpur.

Sementara itu, Kesatuan Pegawai Am (KPA) UPSI bersama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) menggerakkan 30 sukarelawan ke Hulu Langat, Selangor  mencuci tujuh rumah mangsa di bahagian dalam dan luar dengan menggunakan jet air.

Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) menyediakan dana sumbangan sebanyak RM3,000, manakala UCTC memperuntukkan dana sebanyak RM2,720 untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

 “Kami juga dibantu semua kolej kediaman untuk menyediakan sukarelawan selain menggerakkan usaha mendapatkan sumbangan , “ katanya.

Menurut beliau seramai 388 pelajar UPSI terkesan oleh musibah banjir turut mendapat simpati universiti untuk disalurkan sumbangan.

 Mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan kepada Tabung UPSI Prihatin boleh disalurkan ke akaun 08068010003264 (Bank Islam Malaysia Berhad).

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button