Nasional

UPSI anjur sambutan Pink Oktober tekankan penjagaan kesihatan

Sambutan Pink Oktober sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia diadakan pada majlis Perhimpunan Bulanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertujuan memberi kesedaran tentang penjagaan kesihatan dan bahaya penyakit kanser.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Kesihatan Universiti, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Pusat Sukan, Persatuan Kakitangan Akademik (PEKA), dan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan di Stadium UPSI itu diadakan di Stadium UPSI, Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS).

Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff merasmikan Sambutan Pink Oktober Sempena Perhimpunan Bulanan 2023 sambil disaksikan Puan Sri Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah (tengah).

Seramai 5,000 warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hadir di Perkarangan Stadium UPSI menyertai Sambutan Pink Oktober sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia dan Perhimpunan Bulanan.

Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md Amin Md Taff merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih atas kehadiran semua pihak yang terbabit sekali gus seterusnya merasmikan Sambutan Pink Oktober Khamis lalu.

Sesi fotografi selepas Majlis Penutupan Sambutan Pink Oktober Sempena Perhimpunan Bulanan 2023.

Menurut beliau berharap agar sambutan itu dapat menimbulkan kesedaran kepada semua masyarakat untuk bersama-sama menjaga kesihatan diri.

Beliau berkata UPSI mencapai pelbagai kejayaan yang membanggakan, antaranya tentang seorang pelajar yang berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara Sukan Asia baru-baru ini.

Prof Md Amin melakukan pelepasan pesertab Pink Walk di Stadium UPSI.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti, Dr. Farah Salwani Che Ku Razak berkata Sambutan Pink Oktober diadakan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia yang dilaksanakan setahun sekali.

Katanya, ia bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat yang menghidap penyakit kanser, malah ia tidak hanya membabitkan golongan wanita sahaja, tetapi turut memberi kesan terhadap golongan lelaki dan berisiko tinggi untuk dijangkiti, “ katanya.

Formasi Pink Ribbon yang dilakukan oleh pelajar di dalam Stadium UPSI.

Beliau menyeru agar semua pihak dapat melakukan pemeriksaan secara berkala bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan hidup sejagat. Katanya, pemeriksaan awal dapat menyelamatkan nyawa.

Pelepasan Pink Walk dibuat secara serentak pada pukul 7.50 pagi oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin untuk peserta pelajar di Kolej Harun Aminurrashid manakala bagi peserta kakitangan dilepaskan oleh Pendaftar, En Helmi Zaifura Abdul Rahman di Arena UPSI.

Antara warga UPSI yang hadir program Pink Oktober di Stadium UPSI.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Puan Sri Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah, serta barisan Pengurusan Tertinggi UPSI.

Selepas acara Pink Walk, diadakan Formasi Pink Ribbon yang dibawa oleh 200 pelajar membentuk formasi dengan membawa payung berwarna pink di dalam kawasan Stadium UPSI. Selain itu diadakan pemeriksaan kesihatan dan derma darah. -SM

Baca : UPSI, PASAK Bina Kemahiran Bakeri, Konfeksioneri Komuniti Perak

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button