BeritaPendidikan

UniMAP berusaha keras tingkat kemahiran, ilmu pelajar

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan terus berusaha keras melaksanakan pelbagai inisiatif kreatif supaya dapat mencapai hasratnya untuk meningkatkan kemahiran dan tahap ilmu pengetahuan lebih ramai pelajar, meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan rakyat selain kemampanan kewangan kepada Universiti itu sendiri.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor selepas berkenan berangkat menghadiri beberapa sesi majlis mengadap dan taklimat di Kampus Alam UniMAP Pauh Putra baru-baru ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Naib Canselor, Prof.Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Ir. Dr. Mohd Rizal Arshad.

Jelas baginda lagi, seperti yang telah diumumkan oleh Naib Canselor sebelum ini, UniMAP akan terus memberikan fokus terhadap Teras Akademik yang didasari oleh prinsip 7A terdiri daripada:

Related Articles

1. Appropriate – iaitu program akademik yang ditawarkan mestilah bersesuaian dengan kehendak dan keperluan industri negara dan global;

2. Accredited – perlu memastikan program yang ditawarkan itu diiktiraf oleh badan akreditasi dan profesional antarabangsa;

3. Accessible – program yang ditawarkan dalam pelbagai mod, yang akan membolehkan umum mendapat akses kepada program-program tersebut;

4. Affordable – yuran program adalah wajar, dan berlandaskan struktur pembayaran yang fleksibel;

5. Adaptable – program boleh ditawarkan dalam pelbagai bentuk sama ada sepenuh masa, sambilan, pengajian jarak jauh, pembelajaran berasaskan modular, atau berkonsep micro-credentials;

6. Anywhere – proses pengajaran-pembelajaran tidak terbatas oleh tempat yang tetap mahupun lokasi geografi; dan

7. Anytime – pembelajaran boleh berlaku secara fleksi, dari segi tempoh pengajian, bilangan semester, waktu pembelajaran dan tiada had umur.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button