Berita

Bantah penutupan Jambatan Semeling tempoh PKP2

Pemuda UMNO Merbok membantah penutupan Jambatan Semeling sejak pelaksanaan PKP 2.0 di Kedah.

Ketua Pemuda UMNO Bhgn Merbok, Muhamad Nur Aizat Noor Azam mencadangkan dan mencadangkan agar Jambatan Semeling dibuka kembali dengan dua syarat:

1. Sekatan Jalan Raya (SJR) PDRM diadakan bagi individu yang mempunyai dokumen kebenaran pergerakan yang sah untuk melepasi Jambatan Semeling.

2. Jambatan Semeling hanya dibuka untuk waktu tertentu iaitu seperti dibuka dari 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja.

Memorandum Bantahan Penutupan Jambatan Semeling

MEMORANDUM BANTAHAN PENUTUPAN LALUAN JAMBATAN SEMELING

SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2021 (PKP 2.0)

LATAR BELAKANG:

1. Menteri Kanan Keselamatan, Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail Sabri Bin Yaakob pada 19 Januari 2021 telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negeri Kedah bermula 22 Januari 2020 sehingga 4 Februari 2021 berbanding hanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan sebelum itu yang bermula 13 Januari 2020. Antara perbezaan ketara antara PKP dan PKPB adalah berkenaan kebenaran aktiviti merentas daerah di mana apabila PKP dilaksanakan, sebarang aktiviti merentas daerah tanpa keperluan pekerjaan adalah tidak dibenarkan dan juga radius perjalanan yang dibenarkan bagi penduduk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan hanya tertakluk kepada 10KM sahaja.

2. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2021 (PKP 2.0) ini dilaksanakan di negeri Kedah jua kerana pertambahan kes-kes jangkitan positif Covid-19 yang semakin meningkat tinggi di sekitar negeri Kedah. Sehingga 18 Januari 2021, kes kumulatif direkodkan sebanyak 4,411 kes dan berdasarkan rekod KKM, terdapat lima dari 12 daerah di negeri Kedah telah merekodkan lebih daripada 40 kes iaitu Kuala Muda, Kota Setar, Kulim, Baling dan Kubang Pasu. Pelaksanaan PKP 2.0 juga telah diumumkan oleh pihak Kerajaan dengan bertujuan untuk memastikan rangkaian jangkitan yang meningkat ini dapat diputuskan dengan segera.

3. Sejurus dengan pengumuman pelaksanaan PKP 2.0, senarai aktiviti dan kegiatan ekonomi yang dibenarkan telah disiarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah menyaksikan bahawa sebahagian besar sektor ekonomi dan pekerjaan masih dibenarkan beroperasi dengan pematuhan Prosesur Operasi Standard (SOP) yang tertentu. Justeru, ini bermakna pelaksanaan PKP 2.0 adalah berbeza dengan PKP 1.0 yang dilaksanakan pada Mac 2020 yang lalu. Kenyataan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah menyatakan bahawa pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM, STPM dan STAM akan kembali ke sekolah seperti biasa.

(Visited 957 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button