Nasional

Unimap bentuk mahasiswa dinamik melalui Palapes

UNIVERSITI Malaysia Perlis (Unimap) berharap dapat membentuk mahasiwanya yang lebih dinamik dan berdisiplin melalui Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes).

Justeru, mahasiwa Unimap disarankan supaya menyertai Palapes supaya dapat membentuk jadi diri yang kental dan bersedia menghadapi cabaran.

“Justeru, melalui penganugerahan pangkat ini, saya selaku Komandan PALAPES UniMAP berharap dapat terus memacu kecemerlangan berterusan pasukan.

“Sekaligus memastikan pelajar memberi penekanan kepada aspek ilmu dan kemahiran ketenteraan dalam menjadikan mereka mahasiswa yang lebih dinamik, kental dan berdisiplin tinggi.”

Demikian kata Naib Canselornya, Prof. Dr. R. Badlishah Ahmad ketika berucap selepas dianugerahkan Kolonel (Kehormat) hari ini.

BACA > FA England batal hasrat bawa masuk penonton – Suara Merdeka

Penganugerahan tersebut telah berlangsung di Markas Tentera Darat,Kementerian Pertahanan Malaysia.

Pemakaian pangkat itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain.

Selain beliau, turut dianugerahkan pangkat yang sama ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed.

Tambah R. Badlishah, beliau menzahirkan penghargaan kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan bersedia membawa bersama tanggungjawab dan amanah yang cukup besar.

Katanya, Canselor Unimap sendiri, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merupakan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat.

BACA > Auckland kenakan amaran Tahap Tiga-sekatan pergerakan diperketatkan – Suara Merdeka

Baginda sentiasa komited terhadap peranan dan tangungjawab yang dipikul oleh anggota beruniform.

Dalam pada itu, R. Badlishah turut memberitahu penglibatan mahasiwa Unimap dalam Palapes tidak berakhir apabila mereka menamatkan pengajian.

Sebaliknya Unimap mempunyai kelab Alumni Palapes yang ditubuhkan pada 2018 sebagai medium bagi aktiviti berterusan.

“Melalui penubuhan Alumni Palapes Unimap ini, ia akan berfungsi sebagai medium untuk menjalankan pelbagai aktiviti, perkongsian pengalaman dan penyaluran ilmu kepada ahli kelab Palapes Unimap.

BACA > Kerajaan Selangor sedia bantu peniaga di Sungai Buloh – Suara Merdeka

“Pada masa sama, kita ingin memastikan inisiatif Unimap untuk menggalakkan penglibatan aktif kesemua Alumni Palapes dalam aktiviti kesukarelawanan dapat diteruskan meskipun apabila telah bergraduat dan bekerja kelak,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button